Thursday 25 July 2013

DAN BILA SALJI TURUN TEASER

             “Awak cari sesuatu?” sapa seorang lelaki dari belakang Andreana.
            “Ya. Saya tengah cari reference untuk subjek Anatomy. Tapi tak jumpa pulak,” jawab Andreana.
            “Awak ada dekat bahagian yang salah la. Ini semua bahagian fakulti kejuruteraan. Medical sciences dekat sebelah sana. Jom, saya tunjukkan pada awak,” kata lelaki tersebut.
            “Thanks,” kata Andreana.
            “Freshie?” soal lelaki tersebut.
            “Ya,” jawab Andreana, ringkas.
            “Nama awak?” soal lelaki tersebut lagi.
            “Andreana Khaisha. Simply call me Ish,” jawab Andreana.
            “Nice to meet you. By the way, Khazairul Aliff, simply call me Kay,” kata lelaki tersebut yang mengenalkan dirinya sebagai Kay.
            “Nice to meet you too, Kay,” kata Andreana.
            “But, rasanya better if you call me abang cause I’m your senior. Tapi I’m architecture course,” kata Aliff.
            “Ohh.., bakal arkitek rupanya,” kata Andreana.
            “Andrea stay dekat mana?” soal Aliff.
            “Whitworth Park Halls of Residence,” jawab Andreana.
            “Dilworth House?” soal Aliff lagi.
            “Ya,” jawab Andreana.
            “Room?” soal Aliff.
            “125,” jawab Andreana.
            “Okey, bilik saya selang tiga buah dari bilik awak,”
            “Roommate Zafril?”
            “Emirul Zafril?”
            “Ya. Dia kawan sekolah saya,”
            “Oh, I see. Ni buku yang awak nak tu. Nak pinjam ke nak buat rujukan dekat sini?”
            “Pinjam. Lagipun banyak sangat kerja nak kena buat,”
            “Okey, jom pergi kaunter pinjaman, then kita balik sama- sama,”
            “Okey,” Andreana tersenyum. Syukurlah dia sudah bertemu dengan seniornya. Saat mereka melangkah keluar dari John Rylands University Library, salji sudah mula turun.
            “Waahhh….,” hanya itu saja yang keluar dari mulut Andreana.
            “Kenapa?” soal Aliff.
            “First time tengok salji turun. Seronoknya,” kata Andreana.
            “Seronok, seronok jugak. Jangan sampai demam. First time datang negara orang, tak mustahil imunisasi badan kita akan menurun,” kata Aliff.
            “Ya, doktor. Saya tahu,” kata Andreana sambil tersenyum.
“Sorry la. Saya tak ambil medic,” kata Aliff.
“Ohh.., ya ke? Maaflah,” kata Andreana. Getaran dalam dada Aliff kian kencang. Aliff  hanya tersenyum melihat gelagat Andreana disamping cuba untuk melindungi getaran jiwanya. Terhibur rasanya dengan gelagat Andreana yang seperti keanak- anakkan. Walaupun sikapnya begitu, ianya menambat hati Aliff. 

Wednesday 24 July 2013

NEW STORY IS COMING...!!!

Assalamualaikum all readers...

Selepas Forever, Aku dan Kamu selesai, sekarang saya tengah cuba untuk buat satu lagi nukilan.. Mungkin agak lambat sikit cerita ni akan tamat.. Tapi Insya- Allah, jika ada kelapangan waktu, pasti akan saya siapkan... Cerita ini merupakan sequal kepada Forever, Aku dan Kamu. Nak tahu siapa hero dan heroin dalam cerita terbaru ni, kena tunggu la. Sebabnya, teaser dah ada, tapi sikit je la. Maklum la, menulis ni hanya sekadar mengisi masa- masa bosan dan masa- masa stuck head lepas study.. Insya-Allah saya akan cuba bahagikan masa dengan baik antara hobi dan pelajaran... Study is more important right? Tak nak dah jadi bad girl time study.. Biar buat sampai habis... Mungkin nampak macam tak serius, tapi kali ni, dekat UPSI, memang nak study struggle habis, biar sampai berjaya. Bukan senang nak senang kan...?? Apapun untuk semua pembaca setia blog Science Student Who Loves Novels, terima kasih atas sokongan anda semua...

Tuesday 23 July 2013

BILA CIK WRITTER MULA BERCERITA (PHEWWW...)

Phewww... Akhirnya tamat juga cerita Forever, Aku dan Kamu. Alhamdulillah.. Setelah sekian lama saya memikirkan kata yang indah dan cantik untuk saya nukilkan pada coretan saya. Sekarang, saya tengah memikirkan karya- karya indah untuk saya nukilkan dalam coretan seterusnya.. Mungkin agak lambat sikit saya akan tamatkan kisah seterusnya al- maklum la saya ni masih lagi menuntut. Mungkin saya tak akan menumpukan pada novel lagi. Saya akan banyak tumpukan cerpen saja kot... Apapun, kita akan tengok nanti. Macam mana pun, tunggu cerita saya yang seterusnya...

<3<3<3 Lots of Love <3<3<3
Syamieynnie Hanna

FOREVER, AKU DAN KAMU EPILOG

-Epilog-

            Tiga tahun di rantauan, kini aku kembali ke tanah air. Biasalah, pepatah pun ada cakap, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Aku pulang bersama Khairul dan kali ini sekali lagi kami pulang bersama dengan membawa segulung sijil PhD. Sampai saja kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang, Mummy, Daddy, Ibu dan Ayah sedang menantikan kepulangan kami. Haziq didalam dukunganku. Melihat tok Mummy, Tok Daddy, Nanny dan juga Tok Ayahnya, Haziq terus mahu aku turunkan dia dan terus berlari mendapatkan mereka semua.
            “Tengok Haziq tu, seronok dia dapat jumpa dengan gramps dia,” kata Khairul.
            “Apa khabar anak Mummy?” soal Mummy sambil memelukku.
            “Sihat, Alhamdulillah. Macam yang Mummy nampak la,” kataku.
            “Jom, kita balik rumah. Malam ni, Ayah dengan Daddy belanja makan besar dekat Inderapuri,” kata bapa mertuaku.
            “Kalau macam tu, esok Khairul belanja makan besar pulak,” kata Khairul. Kami semua turut ketawa. Dalam masa tiga tahun ketiadaanku di bumi Malaysia, pelbagai perkara yang terjadi. Suzila dan Huda sudah melahirkan anak kedua mereka. Ayuni dan Farisha juga sudah berkahwin. Oh ya, terlupa pulak. Selepas aku mendirikan masjid dengan Khairul, baru aku tahu, sebenarnya kami semua ni berjodoh dengan kawan sendiri. Aku dengan Khairul. Suzila dengan Fiqhran, memang dari lepas SPM lagi. Cinta pensyarah dengan doktor dekat USM Kubang Kerian, Kelantan. Huda pulak rupa- rupanya bercinta dengan Zairil. Memang sejak zaman KuPa MJSC lagi diorang ni ada feeling. Tahan simpan rahsia betul la budak berdua ni. Tapi yang aku bengang sangat, rupa- rupanya cik abe kesayangan aku tu tahu. Diorang berdua tu cinta PPUKM. Yelah, Huda jadi ahli fisioterapi, Zairil pulak doktor pakar ortopedik. Memang kena sangat dah la tu. Ayuni pulak dengan Ridzuan. Dah selamat pun budak berdua tu. Sorang cikgu, sorang doktor. Elok sangat dah la tu. Semua ada ‘doctor- in-house’.  Kata la dekat orang kan, aku pun sama ja.  Farisha pulak dengan Razif. Baguslah, dua- dua pun pensyarah Fakulti Undang- Undang di UIAM. Senang, depan mata ja.  Diorang ja yang macam serasi bersama. Pensyarah dengan pensyarah. Hehe.., aku pun sama ja sebenarnya.

            Kepulangan aku disambut meriah. Maklumlah, aku kan anak bongsu dan puteri tunggal pada Mummy dan Daddy. Dah la puteri tunggal, aku pula yang selalu menghilang dari rumah. Bukannya menghilangkan diri kerana suka- suka. Aku menghilang kerana aku ke negara orang untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman disana.
            “Adik, bila nak menambah ni. Kesian dengan Haziq duduk sorang- sorang,” kata Mummy. Amboi Mummy, cukuplah Abang Aliff dengan Abang Afiq bagi cucu dekat mummy. Abang Aliff dengan Kak Dhira dah ada tiga orang anak, Nik Muhammad Azrul Danial, Nik Nurul Ana Danila, dan Nik Muhammad Azril Darius. Abang Afiq dan Kak Tina juga tiga orang. Nik Nurul Syafila Adrianna, Nik Nurul Syafira Adrissa dan Nik Muhammad Syafiq Adrian. Aku pula dah ada seorang, Tengku Khairul Haziq Auzaie, satu- satunya putera aku, lambang cinta antara aku dan Darris. 
            “Cukuplah Mummy ada tujuh orang cucu. Tak payah nak tambah- tambah,” kataku. Daddy ketawa mendengar kata- kataku.
            “Tak aci la. Abang Aliff dengan Abang Afiq bagi tiga orang cucu dekat Mummy dengan Daddy. Jadi, Adik pun kena bagi sekurang- kurangnya lagi dua untuk Mummy dengan Daddy,” kata Abang Afiq. Memang dasar pembuli la Abang Afiq ni. Suka- suka hati dia ja. Aku ingatkan bila dah bergelar papa ni, dia berubah. Rupanya makin kronik penyakit buli tu.
            “Okey, okey, memandangkan Mummy, Daddy, Ibu dengan Ayah nak cucu lagi, Adik ada pengumuman nak buat. Ini Adik sorang ja yang baru tahu,” kataku. Ya, aku tetap aku. Perangai riuh aku memang tak boleh buang.
            “Kenapa?” soal Khairul. Cuak terus mukanya. Maklum la, dia kan sayangkan aku. Sapa yang tak sayang bini oiii....
            “Haziq akan dapat adik tak lama lagi,” kataku sambil tersenyum. Khairul tersenyum bangga. Mummy dan Daddy memandang sesama mereka. Ibu dan Ayah juga memandang seakan tidak percaya.
            “Betul ke, sayang?” soal Khairul.
            “Laa..., kenapa semua muka cemberut ja? Bukan ke tadi Mummy tanya Adik? Ni bila Adik dah cakap yang Adik pregnant, kenapa buat muka cemberut ja semua?” soalku. Sungguh, muka semuanya macam tak percaya. Aku dah pernah mengandung, jadi aku tahu bagaimana rasanya bila mengandung.
            “Dah berapa bulan?” soal Ibu.
            “Empat minggu,” kataku.
            “Kenapa sayang tak cakap dengan abang pun?” soal Khairul.
            “Saja. Nak buat surprise untuk semua. Ole- ole dari Manchester untuk semua,” jawabku. Khairul meletakkan tangannya pada perutku.
            “Anak Daddy, jangan bagi Mummy susah ye,” kata Khairul. Semua yang berada di situ sudah tersenyum dan semestinya otak Abang Afiq sedang memikirkan sesuatu untuk mengenakan aku. Teruk betul la perangai abang aku yang sorang tu.

FOREVER, AKU DAN KAMU 30

FOREVER, AKU DAN KAMU 29

            Aku duduk di balkoni sambil menikmati pemandangan malam di bumi Britain. Mengenangkan saat- saat kegelapan menyelubungi hidupku dan kehadiran Khairul membuatkan aku kembali tenang dan mampu untuk tersenyum. Tiba- tiba airmataku menitis. Terkenang apa yang terjadi. Selepas segala bukti pertuduhan menyatakan kemalangan Darris adalah sesuatu yang dirancang, aku terus membuat laporan polis. Apa aku nak takutkan. Kematian Darris tiada pembelaan. Aku sebagai bekas isterinya perlu membela kematiannya. Qushyairie di tahan di Hospital Bahagia kerana disahkan mengalami gangguan mental. Aku ingat lagi kata- katanya ketika di mahkamah dulu.
            “Fiena, kau ingat Fiena. Kalau aku tak dapat kau, semua orang tak boleh dapatkan kau. Kau hanya untuk aku. Tak ada sesiapa yang boleh rampas kau dari aku walaupun Darris. Tapi aku dah bunuh Darris. Darris dah mati,” kata Qushyairie. Aku memang tak boleh nak tahan airmata lagi.
            “Sudahlah, sayang. Pihak hospital pun memang dah sahkan dia ada masalah psikologi. Sayang, jangan macam ni,” Khairul.
            “Kenapa dia perlu ditahan dekat rumah sakit jiwa je? Sepatutnya manusia macam dia tak boleh hidup,” kataku. Airmataku mencurah turun.
            “Sayang, tak kesian ke dengan Mak Teh sayang. Mak Teh nampak sedih sangat,” kata Khairul. Aku melihat ibu Qushyairie.
            “Maafkan Ibu, Ayu. Maafkan Ibu,” kata ibu Qushyairie.
            “Ibu, tak perlu Ibu minta maaf pada Fiena pada kesalahan yang Ibu tak buat. Sudahlah, Ibu. Kita semua pun dah tahu. Ibu kena sabar ye,” kataku. Ibu Qushyairie terus menarikku ke dalam pelukannya. Airmataku mengalir lagi.
            “Sayang, kenapa ni? Tiba- tiba ja menangis ni?” soalan dari Khairul dan pelukannya dari belakang mengejutkan aku. Satu ciuman singgah di leherku. Itu memang selalu dia lakukan.
            “Ayu teringatkan Darris. Dia pernah minta Ayu berhenti kerja dekat Gleanegles sebab dia nak sambung belajar dekat sini. Tapi sebab banyak kerja dia dekat office, dia tak sempat kembali lagi ke sini,” kataku. Dahiku Khairul kucup. Satu perasaan halus menyelinap masuk ke dalam lipatan hatiku.
            “Sayang, sekurang- kurangnya sayang dah lakukan apa yang minta dalam surat dia tu. Lepas ni, kita balik Malaysia, kita buka klinik sama- sama. Itukan impian sayang,” kata Khairul. Aku menganggukkan kepala. Selepas aku sah menjadi isteri Khairul, Khairul terus menyatakan hasrat untuk kembali ke England untuk menyambung pengajian. Lima bulan usia perkahwinan kami, Khairul terus membawa aku dan anakku tinggal di Manchester. Kini hampir setahun sudah kami di sini. Usia anakku juga kini sudah mencecah tiga tahun. Wajahnya saling tak tumpah seperti arwah Darris. Menurut Mummy Rin, wajah Darris ketika dilahirkan seiras dengan wajah Haziq. Mungkin Allah mengambil Darris dari aku tapi dia menggantikan Khairul dan Haziq dalam hidupku.
            “Abang, Ayu nak minta maaf sangat- sangat dengan Abang sebab Ayu pernah bencikan Abang dulu,” kataku. Khairul memelukku.
            “Sayang Abang ni kenapa? Mana la agaknya perginya Nik Nurul Ayu Shafiena yang dulu suka buat pasal dekat sekolah la. Tak padan dengan perempuan, tapi kerja- kerja jenayah je yang dia buat walaupun pengawas sekolah. Sekarang ni kejap- kejap asyik nak leleh je. Tak suka la. Please give me back my Ayu Shafiena yang dulu kuat semangat,” kata Khairul.
            “Tak sesuai la Ayu Shafiena yang dulu suka menyakat kawan- kawan dia bila dah ada anak ni. Bila dah ada anak ni kena la jadi lemah lembut,” kataku.
            “Tapi Abang tak kisah sangat pun. Abang sebenarnya suka isteri Abang yang sekarang ni. Dah jadi macam Ayu Shafiena sikit. Ini Abang tengok dah lebih dari Nik Muhammad Aliff Shafizie dengan Nik Muhammad Afiq Shafimie ja,” kata Khairul.
            “Semuanya sebab arwah Darris. Dia yang selalu tegur Ayu untuk jadi seorang perempuan yang lemah lembut, sopan santun. Tak salah kan kalau berubah demi suami tersayang. Tapi untungnya Abang juga sebab Abang dapat Ayu, Ayu dah pun jadi Ayu Shafiena,” kataku.
            “Yelah tu,” kata Khairul. Kepalanya di santai pada bahuku.
            “Raya tahun ni kita sambut dekat sini juga ke?” soalku lagi.
            “Yelah, dekat mana lagi. Dah namanya pun cuti seminggu ja. Tahun depan kita balik Malaysia ye,” kata Khairul.
            “Bosan la jawabnya,” kataku.
            “Dulu sambut dekat Monash selamba ja. Macam la dekat sini Sayang tak pernah sambut raya,” kata Khairul.
            “Zaman dekat Monash lain. Zaman dekat sini lain. Dulu lain, sekarang lain. Dulu bila jauh pun macam tak kisah sebab still ada orang concern nak bagi duit raya. Tapi sekarang,  semua orang concern dengan Haziq je,” kataku. Khairul ketawa.
            “Apalah Sayang ni. Jangan la buat lawak macam tu. Cakap pasal Haziq, agak- agak bila la Haziq nak dapat adik ye?” soal Khairul. Ahhh..., sudah... Bila sindrom ulat bulu melanda, inilah jadinya. Doktor yang ubatkan orang pun kena sindrom ni kadang- kadang lagi teruk dari orang lain.
            “Haziq kan kecil lagi. Tunggu la dua tiga tahun lagi. Dia dapat la adik,” kataku. Ingatkan sindrom ni tak boleh berjangkit.
            “Abang bukannya apa, lepas ni kalau Haziq dapat adik, Abang nak sambut dengan tangan Abang sendiri. Abang pun doktor kan, so tak salah kalau Abang buat macam tu,” kata Khairul.
            “Suka hati Abang la. Jangan sampai Abang pengsan dalam labour room tu sudah,” kataku.
            “Abang tak pengsan pun masa sayang lahirkan Haziq. Sekarang Abang dah ada Haziq, lepas ni sayang bagi Abang Harlina pula ye,” kata Khairul.
            “Berusahalah,” hanya itu yang aku mampu katakan. Bila sindrom gatal melanda, aku pun tak mampu nak buat apa- apa. Khairul hanya tersenyum dengan apa yang aku katakan.

            Aku keluar bersiar- siar bersama- sama Khairul dan Haziq di Alexandra Park. Tidak banyak perubahan di sini. Haziq dalam dukungan Khairul. Bukan boleh dibiarkan Haziq tu. Kalau tak dikepung, mulalah nak berjalan merata. Tapi seronok juga bila melihat Haziq membesar depan mata. Sungguh sayang Khairul pada Haziq. Ada kalanya aku berasa tidak adil untuk Khairul. Mana tidaknya, dia sudi berkahwin dengan aku sedangkan dia sendiri tahu aku punya seorang anak. Tapi jika aku menyatakan sedemikian, Khairul pasti menyangkal. Katanya cintanya buat aku terlalu besar.
            “Sayang ingat tak masa kita jumpa untuk pertama kali lepas sayang keluar dari Inderapuri dan sayang datang sini?” soal Khairul.
            “Of course la ingat. Abang tiba- tiba ja datang entah dari mana, tegur Ayu. Terkejut tau,” kataku sambil tersenyum.
            “Yelah. Dah tak pasal- pasal ja menangis dekat sini. Risau jugak. Tu yang tegur tu,” kata Khairul. Aku tersenyum.
            “Biarlah. Tak nak ingat kenangan hitam dalam hidup ni. Biarlah sekarang kita bina warna- warna yang indah dalam hidup kita,” kataku. Khairul senyum.
            “Kak Fiena,” suara panggilan dari belakangku menyebabkan langkah aku dan Khairul terhenti. Aku menoleh ke belakang.
            “Andrea!” kataku. Andreana segera memelukku.
            “Lamanya tak jumpa dengan Kak Fiena. Rindu sangat. Kenapa tak cakap nak datang sini?” soal Andreana.
            “Kak Fiena ada bagitau dengan Zafril. Takkan Zafril tak cakap dekat Andrea?” soalku. Zafril sebenarnya teman rapat Andreana sejak kecil dan mereka ditakdirkan untuk sama- sama menuntut di pusat pengajian yang sama sejak dari dulu lagi. Zafril juga merupakan teman sebilik dengan Khairul dulu.
            “Zafril sekarang ni sibuk sikit,” kata Andreana.
            “Sibuk dengan Rara la tu. Kan Kak Fiena dah cakap. Tak kena ‘kutu buku’ tu. Mesti dia jatuh cinta jugak. Lagipun, Rara hot apa,” kataku.
            “Yelah tu. Ini, Kak Fiena dengan Abang Khai apa cerita? Kahwin tak ajak. Jumpa hari ni dah ada anak dah,” kata Andreana.
            “Nak buat macam mana. Pelindung utusan Kak Fiena dah tak boleh nak sembunyi lagi,” kata Khairul.
            “Kan Andrea dah cakap yang Abang Khai suka dengan Kak Fiena,” kata Andrena.
            “Suka tu dah lama, Andrea. Cuma tak terkeluar nak cakap,” kata Khairul. Aku tersenyum memandang Khairul. Andreana memandang Haziq.
            “Cute anak Kak Fiena. Muka macam Abang Khairul sikit. Nama apa?” soal Andreana. Aku kelu mendengar kata- kata Andreana.
            “Haziq. Tengku Khairul Haziq,” kata Khairul.
            “Ada jugak Khairul tu,” kata Andreana.
            “Arwah suami Kak Fiena yang bagi nama tu,” kata Khairul. Mata aku mula berkaca. Sungguh, hati aku sukar untuk menerima semua ini. Tipu kalau aku katakan yang aku sudah melupakan Darris. Tapi aku sedar realiti diri aku bahawa aku dan Darris berada dalam dua dunia yang berbeza.
            “Maknanya, ini bukan anak Kak Fiena dengan Abang Khai?” soal Andreana. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.
            “Banyak benda yang terjadi sepanjang hampir setahun Kak Fiena balik ke Malaysia. Kalau Andrea nak tahu, nanti datang la rumah. Ajak Rara sekali. Banyak benda nak story ni,” jemputku. Sebolehnya aku menahan airmata dari berguguran ke pipi. Bimbang Khairul akan terguris hatinya jika dia tahu aku masih teringatkan Darris.
            “Okey jugak tu. Bila Andrea dengan Rara tak ada kelas, kami pergi rumah Kak Fiena,” kata Andreana.
            “Ajak la Kay dengan Zafril sekali,” kata Khairul.
            “Abang Kay dah balik Malaysia bulan lepas,” kata Andrea. Aku lihat wajahnya seakan menyimpan seribu satu kedukaan.

FOREVER, AKU DAN KAMU 28

“Aku terima nikahnya Nik Nurul Ayu Shafiena binti Nik Mohd Awal dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran dan terjemahan,” gugur airmataku satu per satu saat aku sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Khairul Ammar bin Ahmad Radhi. Huda di sebelah kiriku tersenyum.
            “Akhirnya cinta kau dengan Khai bersatu juga lepas macam- macam halangan yang perlu ditempuh,” bisik Huda. Aku tersenyum. Kata- kata Huda tidak aku balas kerana saat itu aku melihat Khairul datang menghampiri aku untuk pembatalan air sembahyang. Aku sangat gementar.
            “Assalamualaikum,” salam diberikan Khairul.
            “Waalaikumsalam,” jawabku. Khairul memandang tepat ke arahku. Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir mutiara disarungkan ke jari manisku. Aku tunduk mencium tangannya, dia pula mengucup dahiku. Sekali lagi manik jernih jatuh ke bumi. Terima kasih, ya Allah kerana Kau memberikan kami peluang untuk bersatu. Kini aku telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang pernah aku cintai suatu ketika dahulu.

            “Ayu,” panggil Khairul. Wahh..., transform sudah... Yelah, dulu asyik panggil Fiena je. Ni tetiba ja panggil Ayu. Lemah terus jantung aku.
            “Ya,” jawabku ringkas.
            “Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya tahu mungkin saya tak mampu menggantikan Darris...,” belum sempat Khairul menghabiskan kata- katanya, aku menutup mulutnya dengan jari telunjukku.
            “Khairul, Darris pasti bahagia. Ini sebahagian dari apa yang dia inginkan. Walaupun Darris bertakhta dalam hati saya, tapi saya redha dengan takdir yang Darris hanya dipinjamkan saja. Awak anggaplah Darris sebagai satu ujian untuk awak mendapatkan saya. Saya akan menganggap Darris sebagai kenangan yang terindah dalam hidup saya. Apapun, terima kasih kerana sudi menjadi suami saya dan bapa kepada anak saya,” kataku. Khairul terus memelukku. Degupan jantungnya membuatkan aku berasa selamat disisinya. Ya, aku selamat disisinya. Terkenang saat aku ingin melahirkan anak sulungku. Selepas aku pengsan di kediaman peninggalan Darris, Khairul terus membawaku ke hospital. Mujurlah, hospital tersebut mengambil masa hanya 10 minit jika tiada kesesakan lalu lintas. Apabila aku sedar, Khairul berada disisiku.
            “Fiena, doktor cakap kau akan melahirkan anak kau. Aku akan temankan kau disini. Kau jangan risau,” kata Khairul. Saat itu aku merasakan alangkah bahagianya jika Darris yang berada disisiku dan Darris yang akan menyambut kelahiran anaknya.
            “Thanks, Khairul,” kataku. Dahi aku berkerut menahan kesakitan. Ya Allah, ampunkanlah semua dosa- dosaku kepada ibuku. Peritnya dirasakan saat ini.
            “Khairul,” panggilku.
            “Ya,” sahut Khairul.
            “Maafkan semua kesalahan yang pernah Fiena lakukan selama perkenalan kita. Halalkan semua makan minum Fiena. Kalau apa- apa jadi dengan Fiena, jaga anak Fiena. Namakan anak Fiena dengan nama yang dah Darris berikan,” pesanku. Semakin lama sakit ini semakin menyucuk pinggangku.
            “Fiena, kuatkan semangat demi anak awak,” Khairul menggenggam tanganku.
            “Arggghhh...,” jeritku. Airmata mengalir menahan kesakitan.
            “Fiena, tunggu kejap,” kata Khairul, melepaskan tanganku dan terus berlari keluar. Seketika kemudian, Khairul datang kembali dengan seorang doktor.
            “It’s time,” kata doktor tersebut.
            “Fiena, dengar cakap saya. Awak tarik nafas dalam- dalam,” kata Khairul. Setelah hampir satu jam aku bertarung nyawa untuk melahirkan anakku, akhirnya satu teriakan yang kuat aku dengar dan kemudiannya hidungku ditusuk dengan bau yang sangat aku kenali. Ya, bau yang amat digemari arwah Darris.
            “Fiena, baby boy,” kata Khairul. Mengalir airmata kesyukuran. Alhamdulillah ya Allah, syukur pada-Mu. Namun, nafasku menjadi sesak. Aku pejamkan mata. Aku lihat dihadapanku, Darris sedang menghulurkan tangannya ke arahku. Tapi di belakangku, Khairul sedang memanggil namaku. Aku berpaling semula ke arah Darris. Dia masih menghulurkan tangannya untuk mendapatkan aku. Tapi saat aku ingin menggapai tangannya, aku dengar suara tangisan anakku didalam dukungan Khairul. Aku melihat kembali ke arah Darris, dia tersenyum.
            “Fiena, buka mata Fiena,” suara Khairul aku dengar hanya dihujung telinga dan aku dapat rasakan ada manik halus menitis jatuh ke pipiku. 
            “Ayu,” panggilan Khairul membuatkan aku terkejut.
            “Kenapa?” soalku.
            “Saya ada sesuatu nak beritahu dengan awak. Ini hadiah untuk perkahwinan kita. Mungkin pada awak, ianya macam tak berharga. Tapi ini yang awak minta saya lakukan,” kata Khairul. Aku pandang dia. Aku tak mengerti maksudnya. Dia menghulurkan sampul surat berwarna coklat.
            “Apa ni?” soalku.
            “Buka la,” kata Khairul. Terjojol biji mataku bila melihat isi kandungannya.
            “Jadi, semua ni rancangan Qush? Macam mana awak boleh tahu semua ni?” soalku.
            “Inspektor Nazril tu, sebenarnya anak kawan ayah. Saya selalu jumpa dia. Kiranya, we are best friend. Diorang terjumpa satu bahan bukti di tempat kejadian. Jadi, dari situ diorang mulakan siasatan. Finally, we know who done this,” kata Khairul.
            “Khairul, boleh kan kalau kita dakwa dia atas tuduhan cubaan membunuh dan membunuh,” kataku. Khairul menganggukkan kepala.
            “Memang boleh. Tapi Ayu sampai hati ke nak dakwa dia?” soal Khairul.
            “Apa saya kisah. Dia yang menyebabkan kematian Darris, sepupu dia sendiri. Apa motif dia buat Darris macam tu? Dia dendam dengan Darris sebab Ayu? Tak masuk akal. Dia yang buat Ayu merana. Ayu tak kira, Ayu tetap nak dakwa dia. Apa cara sekali pun. Sebab Ayu tak nak apa- apa pulak jadi dengan Khairul,” kataku.
            “Awak sayang sungguh dengan saya,” kata Khairul.
            “Mestilah. Awak ingat senang ke saya nak jadi isteri awak sekarang? Banyak kedukaan yang kena saya lalui tau,” kataku. Khairul tersenyum.
            “Baiklah isteriku sayang. Saya tahu dan faham. Maafkan saya sebab tak pernah berterus terang tentang perasaan saya,” kata Khairul. Aku hanya tersenyum. Tak kisahlah. Semuanya perkara yang dah lepas. Sekarang, dia dah pun jadi milik aku.